
Roblox memperkenalkan dua akaun khusus untuk pemain berumur bawah 16 tahun serta kawalan lebih baik oleh ibu bapa serta penjaga yang ingin memantau aktiviti anak dalam permainan popular ini.
Akaun pertama ialah Roblox Kids untuk pemain berumur antar 5–8 tahun dengan ia memberikan akses kepada permainan dengan pengelasan Minimal atau Mild. Secara lalai semua ciri pemesejan dan komunikasi dimatikan serta antaramuka dengan warna latar lain diberikan.

Seterusnya ialah Roblox Select untuk pemain berusia 9-15 tahun dengan tetapan permainan dengan pengelasan Moderate. Tetapan pemesejan adalah kekal seperti biasa dan terdapat juga visual berbeza untuk menunjukkan jenis akaun. Akaun akaun berubah secara automatik ke akaun standard selepas pemain meningkat ke usia 16 tahun dan ke atas.
Bagi pengguna berusia 16 tahun dan ke atas, pengesahan umur perlu dilakukan sebelum boleh mengakses kandungan dengan pengelasan usia lebih matang. Kedua-dua akaun ini akan dilancarkan bermula awal Jun 2026.
Sementara itu ibu bapa serta penjaga boleh menyekat permainan tertentu sehingga umur 15, menguruskan tetapan chat sehingga umur 15 dan Meluluskan permainan tertentu yang tidak tersedia mengikut tetapan lalai akaun anak.
Pengenalan akaun untuk kanak-kanak dan remaja yang dilakukan Roblox ini adalah bagi mematuhi permintaan beberapa negara termasuk Malaysia yang ingin menghalang akses permainan video serta media sosial kepada pengguna bawah umur.




