Roblox Akan Memperkenalkan Akaun Kanak-Kanak Baharu Untuk Mengetatkan Keselamatan Platform

TechnologyGaming
14 Apr 2026 • 5:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Roblox Akan Memperkenalkan Akaun Kanak-Kanak Baharu Untuk Mengetatkan Keselamatan Platform

Roblox merupakan sebuah platform permainan video yang membolehkaqn pengguna untuk mengasah bakat kreatif dan kritis dimana mereka bukan sahaja memainkan permainan video, tetapi juga membangunkan permainan video lain didalam platform tersebut untuk dimainkan oleh atau bersama-sama permainan lain.

Kebelakangan ini, Roblox telah menghadapi kritikan berkenaan keselamatan atas-talian platform tersebut, khususnya kerana Roblox boleh dimainkan oleh pengguna dari pelbagai julat umur, dari umur 5-6 tahun sehinggalah orang dewasa setua 45-50 tahun, sebagai contoh. Dan interaksi ini boleh menyebabkan keadaan dimana interaksi dalam permainan tidak dijaga, dan boleh menyebabkan insiden-insiden amang seksual kanak-kanak.

Untuk membendung isu ini, pihak Roblox telah mengumumkan bahawa pada bulan Jun 2026, mereka akan memperkenalkan taraf akaun kanak-kanak baharu untuk julat umur berbeza, yang akan mengehadkan jenis kandungan yang dipaparkan, dan juga komunikasi diantara akaun-akaun pengguna Roblox.

Image from: Roblox Akan Memperkenalkan Akaun Kanak-Kanak Baharu Untuk Mengetatkan Keselamatan Platform

Taraf akaun pertama ialah Roblox Kids untuk kanak-kanak berumur 5 ke 8 tahun, manakala Roblox Select adalah untuk kanak-kanak berumur 9 ke 15 tahun. Akaun-akaun ini akan ditetapkan sewaktu pendaftaran, dimana ia akan perlu memalui proses pengesahan identiti yang ditetapkan Roblox.

Untuk akaun Roblox Kids, ciri chatbox akan dipadamkan dan tidak dibenarkan untuk digunakan langsung. Buat akaun Roblox Select pula, ciri tersebut akan diaktifkan secara berperingkan bergantung kepada umur pemilik akaun tersebut.

Dalam pada itu, Matt Kaufman, Ketua Pegawai Keselamatan Roblox turut mengatakan bahawa penarafan kandungan Roblox juga akan dirombak untuk mengetatkan proses bagaimana kandungan ini boleh ditunjuk kepada akaun-akaun Roblox Kids dan Select.

Untuk pihak pembangun aplikasi dalam Roblox, mereka juga akan perlu melalui proses pengesahan tiga langkah sebelum permainan mereka boleh dimainkan oleh kanak-kanak dengan akaun Roblox Kids dan Select, termasuklah – pengesahan identiti melalui kad ID, mengaktifkan pengesahan dua-langkah pada akaun mereka, dan mengaktifkan langganan Roblox Plus pada akaun tersebut. Langganan Roblox Plus akan diperkenalkan pada penghujung bulan April 2026 pada harga $4.99.