Robot humanoid bertarung hingga ‘putus kepala’ di Shenzhen

WorldTechnology
19 Jul 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Robot humanoid bertarung hingga ‘putus kepala’ di Shenzhen

Image from: Robot humanoid bertarung hingga ‘putus kepala’ di Shenzhen

BEIJING – Dua robot humanoid yang bertarung dalam kejohanan Ultimate Robot Knock-out Legend (URKL) di  Shenzhen, China telah mencetuskan suasana gamat dalam kalangan penonton, lapor halaman berita Global Times.

Dalam pertarungan tersebut sebuah robot humanoid putih yang digelar “White Eagle” berjaya mendaratkan tendangan tinggi yang tepat pada kepala lawannya, “Matador,” dalam satu acara yang diiktiraf sebagai pertandingan pertarungan bebas robot humanoid pertama di dunia.

Acara berprestij yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Sukan Nanshan Shenzhen, China ini menandakan bermulanya tirai kejohanan URKL. 

Ia merupakan kejohanan tempur gaya bebas sulung bagi robot humanoid bersaiz penuh, anjuran firma robotik terkemuka, EngineAI.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, kejohanan ini menampilkan aksi realistik robot humanoid bersaiz penuh yang saling bertukar tumbukan, tendangan, dan melakukan gerakan tangkas mengelak serangan di hadapan ribuan penonton. 

Sebanyak 32 pasukan dari seluruh pelosok dunia telah dipilih untuk bertanding, di mana kesemuanya menggunakan platform standard yang sama iaitu robot humanoid EngineAI T800. 

Antara detik paling dramatik yang mencuri tumpuan dalam pusingan pembukaan adalah apabila kepala salah sebuah robot tercabut akibat impak serangan yang kuat. 

Keupayaan robot itu menamatkan perlawanan dengan hanya bergantung kepada sistem teras pada bahagian badannya membuktikan ketahanan fizikal yang luar biasa serta sistem impak yang tinggi.

Mengikut spesifikasi EngineAI, model T800 ini memiliki ketinggian 1.73 meter. 

Ia mampu melakukan gerakan tempur kompleks termasuk tumbukan cangkuk (uppercut), tendangan berpusing, serta keupayaan untuk bangkit semula dengan pantas selepas dijatuhkan. 

Robot ini turut dilengkapi sistem kawalan postur yang mantap, persepsi dinamik, dan keupayaan menyerap hentakan bagi menghadapi pertempuran berintensiti tinggi. – AGENSI

The post Robot humanoid bertarung hingga ‘putus kepala’ di Shenzhen appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved