Robot Tesla Optimus Gen 2 Kini Dipamerkan Di 1 Utama Shopping Centre

TechnologyDigitalCars
10 Jun 2025 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu, Tesla Optimus telah dipamerkan di Pavilion Kuala Lumpur. Kini, generasi baharu, Optimus Gen 2 hadir di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya sebagai sebahagian daripada siri jelajahnya di Malaysia. Pameran ini berlangsung sehingga 15 Jun 2025 memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat reka bentuk terkini robot ini secara lebih dekat.

image is not available

Optimus Gen 2 membawa perubahan besar dalam reka bentuk dan keupayaannya. Model ini bukan sahaja lebih moden dan menyerupai manusia tetapi juga lebih ringan dengan pengurangan berat sebanyak 10kg berbanding versi sebelumnya. Ia kini dilengkapi dengan leher dan tangan yang lebih fleksibel bagi membolehkan pergerakan yang lebih semula jadi.

Walaupun dipamerkan secara statik, kehadiran model asal di sebelahnya memberikan perspektif jelas mengenai perbezaan dan peningkatan yang telah dilakukan. Jika berminat, anda boleh kunjungi GF Luxe, 1 Utama sebelum pameran berakhir pada 15 Jun 2025 untuk melihat sendiri Optimus Gen 2 ini.