Rodney beri amaran ancaman Thailand

FootballSports
1 Aug 2026 • 12:33 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rodney beri amaran ancaman Thailand

PETALING JAYA: Harimau Malaya tidak boleh berasa selesa meskipun mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan B Piala ASEAN 2026 berikutan lawan seterusnya, Thailand disifatkan sebagai ujian sebenar buat skuad kebangsaan.

Perkara itu diingatkan pertahanan negara, Rodney Celvin yang menyifatkan skuad Gajah Perang memiliki kelebihan menerusi gabungan pemain muda dan senior berkualiti selain akan mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini.

Menurut Rodney, kemenangan ke atas Myanmar dan Laos bukan sahaja menghadiahkan enam mata maksimum, malah membantu membentuk keserasian yang semakin baik dalam kalangan pemain selepas melalui sedikit kesukaran pada aksi pembukaan.

“Dalam dua perlawanan pertama mungkin kami sedikit bergelut untuk mendapatkan keserasian. Tetapi pada perlawanan kedua, kami sudah mula menemui rentak dan itu memberikan keyakinan serta motivasi kepada pemain untuk menghadapi Thailand.

“Mereka bukan lawan yang mudah. Thailand mempunyai pemain muda dan senior yang berkualiti. Sebagai pasukan pelawat, kami perlu sentiasa berwaspada terutama terhadap serangan balas mereka kerana mereka bermain di gelanggang sendiri,” katanya.

Pertahanan Kuching City itu, mengakui semua pemain kini hanya menunggu penjelasan perancangan taktikal Tan Cheng Hoe dalam memastikan skuad kebangsaan mampu mencatat keputusan positif dan mengimbangi kekuatan Thailand.

“Dalam beberapa hari ini kami akan melihat perancangan jurulatih. Melalui mesyuarat dan sesi latihan, beliau (Cheng Hoe) akan memberikan penjelasan mengenai apa yang perlu kami lakukan untuk menghadapi Thailand,” ujarnya.

Rooney menyedari tugas di Stadium Rajamangala bukan mudah namun tetap optimis Harimau Malaya mampu membawa pulang keputusan yang diinginkan.

Katanya, secara keseluruhan masih banyak dia perlu belajar dan mengakui belum mencapai tahap yang diharapkan meskipun telah beraksi dalam dua perlawanan.

“Kami datang dengan sasaran mendapatkan keputusan positif. Memang bukan mudah, tetapi jika berjaya mengutip tiga mata, ia sudah tentu satu bonus buat kami.

“Saya masih belum berpuas hati. Ini kali pertama saya bersama skuad kebangsaan dan saya rasa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. 

“Mujur kerjasama daripada rakan sepasukan banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan corak permainan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.-UTUSAN

 

The post Rodney beri amaran ancaman Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved