Tiga Kanak-Kanak Ditahan Polis, Disyaki Rogol Rakan Perempuan Usia 12 Tahun Di Kawasan Kebun

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 12:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tiga orang kanak-kanak ditahan selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Tiga orang kanak-kanak ditahan selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan keji itu di sebuah kebun di dalam daerah Tawau pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada ibu mangsa pada 4.56 petang pada Jumaat.

image is not available

Selepas menerima laporan, sepasukan polis telah digerakkan untuk menahan suspek. Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada hari Khamis jam 9 malam di kebun dalam daerah Tawau.

Dua suspek merupakan pemegang sijil lahir manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan kesemua mereka tidak bersekolah.

Mangsa kanak kanak perempuan berumur 12 tahun juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan merupakan kenalan serta tinggal sekampung dengan semua suspek.

 

Ketiga-tiga suspek telah ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Oktober depan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 375b Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Nuraina Humaira Disyaki Dirogol Sebelum Dibunuh, Polis Tahan Suspek Usia 17 Tahun - “Mayat Ada Kesan Cedera Di Leher & Kemaluan”