Rohingya pemegang kad UNHCR bukan PATI, ada ‘imuniti’ perlindungan

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 9:38 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelarian etnik Rohingya yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak dikategorikan sebagai Pendatang Tanpa Izin (PATI), sekali gus berada di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

Image from: Rohingya pemegang kad UNHCR bukan PATI, ada ‘imuniti’ perlindungan

Foto: The Malaysian Reserve

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pemegang kad UNHCR mempunyai ‘imuniti’ perlindungan yang membolehkan mereka tidak dikenakan tindakan bagi kesalahan berkaitan dokumen perjalanan atau pas yang tidak sah.

“Rohingya tidak sama dengan PATI. Mereka yang memiliki kad UNHCR tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.
“Bagaimanapun, mereka tetap tertakluk kepada undang-undang lain yang dikuatkuasakan oleh agensi penguatkuasaan lain,” katanya ketika dihubungi bagi menjelaskan kedudukan status pelarian Rohingya.
Image from: Rohingya pemegang kad UNHCR bukan PATI, ada ‘imuniti’ perlindungan

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, Zakaria menggalakkan orang awam menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan PATI kepada pihak berkuasa bagi membolehkan Imigresen menjalankan siasatan serta operasi di kawasan yang dikenal pasti mempunyai unsur pelanggaran imigresen.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan terhadap PATI dilaksanakan berdasarkan maklumat awam, aduan dan risikan yang diterima oleh pihaknya.

Artikel lain: Dakwa diugut keluar kampung, keluarga Rohingya tampil buat laporan polis

“Penguatkuasaan Imigresen adalah berasaskan aduan, risikan dan maklumat awam. Semua maklumat dan aduan yang diterima akan disiasat.
“Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Nurul Husma Mahmud)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved