Pemegang kad UNHCR ‘kebal’ penguatkuasaan imigresen

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 2:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemegang kad UNHCR ‘kebal’ penguatkuasaan imigresen

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan imigresen tidak boleh dibuat ke atas Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) kerana ia di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen (JIM).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pemegang kad itu termasuklah etnik Rohingya mempunyai imuniti perlindungan daripada diambil tindakan berhubung kesalahan dokumen perjalanan atau pas tidak sah.

“Rohingya tidak sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI). Mereka yang memiliki kad UNHCR tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.

“Bagaimanapun, mereka tetap tertakluk kepada undang-undang lain yang dikuatkuasakan oleh agensi penguatkuasaan lain,” katanya ketika diminta mengulas kedudukan status pelarian Rohingya.

Berhubung penguatkuasaan terhadap PATI secara umum, Zakaria berkata, maklumat dan aduan orang awam amat dialu-alukan bagi membolehkan imigresen menyiasat dan menjalankan operasi di kawasan disyaki.

​”Penguatkuasaan imigresen adalah berasaskan aduan, risikan dan maklumat awam. Semua maklumat dan aduan yang diterima akan disiasat.

​”Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa,” katanya.

The post Pemegang kad UNHCR ‘kebal’ penguatkuasaan imigresen appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved