
Di bulan Ramadan, antara cabaran utama yang harus dihadapi oleh golongan yang berpuasa semestinya menahan diri daripada makan dan minum.
Apabila masuknya waktu tengah hari pasti perut akan berasa lapar dan tekak mulai kering, kalau nampak minuman sejuk yang dijual ‘auto’ terliur dibuatnya.
Bagaimanapun, tahukah anda selain makan dan minum, golongan perokok juga akan mengalami ketagihan merokok ketika berpuasa.
Oleh itu, pasti akan ada segelintir perokok yang membiasakan diri berbuka puasa dengan air dan rokok sebelum makan sepanjang bulan Ramadan.
Doktor kongsi keburukan merokok semasa berbuka puasa tanpa makan dahulu
Pun begitu, pakar kesihatan yang terkenal di media sosial, Doktor Ahmad Samhan telah berkongsi keburukan tabiat menghisap merokok semasa berbuka puasa tanpa makan terlebih dahulu.
Menerusi bebenang di laman Twitter miliknya, Doktor Samhan akui bahawa merokok di bulan puasa akan menjadi kurang, tetapi merokok sebaik berbuka puasa juga mengundang bahaya kepada kesihatan tubuh badan.
Berikut adalah 3 kesan paling bahaya jika merokok sejurus selepas berbuka puasa:
#1 Radang Paru-Paru
Menurutnya, nikotin akan diserap dengan lebih banyak dan tinggi jumlahnya ketika perut kosong berbanding perut sudah terisi dengan makanan.
Untuk info, nikotin juga dapat diserap oleh tubuh melalui kulit, lapisan mukosa hidung dan mulut, atau paru-paru melalui nafas yang disedut.
#2 Kurang Oksigen dalam badan
Menurut Doktor Samhan lagi, antara kesan bahaya jika seseorang individu itu merokok selepas berbuka tanpa makan terlebih dahulu ialah akan menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan.
“Kandungan bertoksik dalam rokok ini akan memasuki aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah sekali gus mengakibatkan sel dalam badan anda kekurangan oksigen,” katanya.

#3 Gangguan Pencernaan
Berkongsi lanjut, Doktor Samhan berkata merokok dalam perut kosong juga akan mengakibatkan peningkatan kandungan asid dalam perut di mana tindak balasnya akan menjejaskan proses pencernaan.
Keadaan ini juga menjadi punca utama mengapa mereka yang merokok sejurus masuk waktu berbuka akan kehilangan selera.
MEROKOK LEPAS BERBUKA ?
Berbuka dengan air dan kurma sebiji,
kemudian terus nyalakan api nak hisap rokok…
Maklumlah seharian berpuasa tentu rasa susah nak tahan diri. Sampai makan nasi pun dikemudiankan 😨
Sebenarnya lebih bahaya merokok sejurus selepas berbuka!
Thread. pic.twitter.com/mrF9t9zaP2
Di akhir berkongsian, beliau berharap bulan Ramadan ini digunakan sebaiknya oleh golongan perokok untuk melatih diri daripada berhenti merokok.
Diharapkan perkongsian ini dapat menyedarkan para perokok tentang bahayanya merokok selepas berbuka puasa.
Source:



![Rejim Zionis Kembali Serang Jemaah Masjid Al-Aqsa Di Bulan Ramadan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)
