Rokok seludup bernilai RM153,360 dirampas 

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 1:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai jenama rokok seludup bernilai kira-kira RM153,360 di Kampung Puyut, di sini, pada Rabu.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, susulan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan, sepasukan anggota PPM menyerbu sebuah pondok di kawasan paya bakau di kampung itu sekitar jam 5 pagi.

Advertisement“Susulan serbuan itu, pasukan menemui beberapa beg plastik yang mengandungi rokok dipercayai tidak bercukai.

“Kesemua rokok itu dianggarkan bernilai RM153,360. Rokok-rokok ini dirampas, dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan untuk mengesan pemilik barang tersebut,” katanya.

Menurut Mohd Nazri, rampasan itu dibawa ke pangkalan PPM Lahad Datu sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kes ini disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Mohd Nazri mengingatkan orang awam agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan kerana tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat.