Roller Coaster Tertinggi, Terpanjang dan Terpantas Dunia Kini Beroperasi Di Arab Saudi

WorldTravel
3 Feb 2026 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hampir lima tahun lalu, kami laporkan Arab Saudi ingin membina roller coaster tertinggi, terpanjang dan terpantas dunia dengan ia disasarkan dibuka pada tahun 2024. Selepas mengalami kelewatan, Six Flags Qiddiya City akhirnya dibuka secara rasmi berhampiran Riyadh dengan ia adalah sebahagian daripada projek Qiddiya sebagai usaha menjadikannya hab pelancongan dan hiburan dunia.

image is not available

Six Flags Qiddiya City ialah yang pertama dibuka di luar Amerika Syarikat dengan ia menempatkan 28 permainan dalam taman tema seluar 32 hektar (45 padang bola sepak). Di dalamnya terdapat Falcon’s Flight yang merupakan roller coaster tertinggi (195 meter), terpanjang (4,325 meter) dan terpantas dunia dengan kelajuan mencecah 250 km/j.

image is not available

Ia turut menempatkan Iron Rattler yang adalah tilt‑coaster tertinggi (63.4 meter) di dunia, Spitfire pula ialah roller coaster dengan gelung terbalik tertinggi (73 meter) di dunia dan Sirocco Tower pula ialah menara jatuhan bebas tertinggi dunia (145 meter)

Di Qiddiya kelak akan turut dibina stadium e-sukan terbesar dunia, taman air Aquarabia, taman tema Mercedes-AMG World of Performance dan taman tema Dragon Ball.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved