RON95 boleh dibeli lebih dari sekali sehari - MoF

LocalPolitics
23 Sep 2025 • 10:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 23 SEPT: Kerajaan tidak mengehadkan pembelian petrol RON95 kepada sekali sehari seperti yang dilaporkan beberapa media.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata laporan tersebut adalah tidak tepat dan kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakannya.

“Walaupun kerajaan sedang meneliti langkah bagi mengelakkan penyalagunaan subsidi RON95, pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bertujuan memastikan keperluan harian rakyat terus dipenuhi.

“Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut,” katanya.

MoF menegaskan kerajaan komited memastikan subsidi RON95 dimanfaatkan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI95 yang berkuat kuasa 30 September ini.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan subsidi diagih secara adil kepada pengguna yang layak selain mengelakkan ketirisan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved