

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.
MOF memaklumkan kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.
"Walaupun kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, inisiatif BUDI95 dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.
"Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan itu," katanya melalui kenyataan ringkas hari ini.
Terdahulu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika taklimat media BUDI95 hari ini memaklumkan kerajaan sedang memperhalusi mekanisme had penggunaan harian BUDI95 kerana tidak mahu berlakunya risiko ketirisan.
