Ronaldo sebut kalimah Bismillah sebelum sumbat penalti?

FootballSports
3 Jul 2026 • 9:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ronaldo sebut kalimah Bismillah sebelum sumbat penalti?
Ronaldo dipercayai menyebut kalimah Bismillah sebanyak dua kali sebelum tenang menyempurnakan penalti ke gawang Croatia. Foto: Agensi

[DIKEMAS KINI] CRISTIANO Ronaldo menjadi pencetus kebangkitan Portugal apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti selepas pasukannya ketinggalan pada awal babak kedua dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Croatia di Stadium Toronto.

Lensa kamera turut merakam detik sebelum sepakan diambil apabila bintang berusia 41 tahun itu dipercayai menyebut kalimah Bismillah sebanyak dua kali ketika bersedia menghadapi tekanan, sebelum tenang menyudahkan sepakan ke tengah gawang untuk menghidupkan semula momentum Portugal.

Croatia sebelum itu mengejutkan apabila membuka jaringan menerusi Ivan Perisic pada minit ke-53.

Namun, gol berkenaan tidak cukup untuk mengekang kebangkitan Portugal yang mula menguasai semula permainan selepas gol penyamaan Ronaldo yang beraksi bersama Al-Nassr di Liga Pro Arab Saudi.

Ketika perlawanan kelihatan bakal berlanjutan ke masa tambahan, Portugal akhirnya memastikan kemenangan dramatik apabila Gonçalo Ramos muncul wira dengan tandukan pada masa kecederaan minit ke-90+4 hasil hantaran lintang tepat, sekali gus melengkapkan kemenangan 2-1.

Kemenangan itu menyaksikan Portugal mara dengan penuh dramatik ke pusingan 16 untuk bertemu Sepanyol.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved