Ronaldo tinggalkan kem Portugal

FootballSports
2 Oct 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ronaldo tinggalkan kem Portugal

COPENHAGEN: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan di sini selepas disahkan tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi perlawanan Liga Negara-Negara Eropah seterusnya, semalam.

Keputusan itu diumumkan Ronaldo menerusi Instagram selepas jurulatih Portugal, Jorge Jesus memaklumkan pemain berusia 41 tahun berkenaan sekali lagi tidak akan diturunkan sebagai pemain utama.

“Selepas sidang akhbar jurulatih pasukan kebangsaan dan selepas berbincang dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, saya membuat keputusan untuk meninggalkan kem latihan pasukan kebangsaan.

“Pada masa yang sesuai, saya akan memberitahu perkara sebenar kepada seluruh rakyat Portugal mengenai sebab saya meninggalkan pasukan kebangsaan, yang sentiasa saya berikan komitmen.

“Sekarang adalah masa untuk mendoakan kejayaan Portugal dan semua rakan sepasukan saya,” katanya.

Jesus sebelum ini menegaskan, tiada perselisihan antara dirinya dengan Ronaldo, namun jurulatih berkenaan mengakui kapten Portugal itu kecewa selepas hanya berada di bangku simpanan ketika kemenangan pasukannya ke atas Norway 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara.

“Tiada sebarang insiden berlaku. Mana-mana pemain apabila memanaskan badan selama 20 atau 30 minit tetapi kemudian tidak diturunkan, sudah tentu tidak akan gembira,” katanya.

Tambah Jesus, dia sudah memaklumkan kepada Ronaldo sebelum perlawanan bahawa pemain itu tidak akan berada dalam kesebelasan utama, namun berkemungkinan diturunkan pada penghujung perlawanan.

Bagaimanapun, keputusan akhirnya dibuat untuk tidak menggunakan khidmat penyerang berkenaan.

“Selepas itu, sebagai jurulatih, saya membuat keputusan untuk tidak menurunkannya. Tiada apa yang perlu diperbesarkan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

The post Ronaldo tinggalkan kem Portugal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved