
COPENHAGEN – Suasana kurang harmoni mula melanda skuad Portugal menjelang aksi Kumpulan A4 Liga Negara-Negara Eropah menentang Denmark yang djadualkan berlangsung di Stadium Parken awal pagi esok.
Keadaan itu susulan legenda Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan jurulatih, Jorge Jesus tidak memasukkan dia sebagai pemain gantian ketika bertemu Norway sebelum ini.
Lebih memburukkan keadaan, Jesus turut mengakui keputusannya untuk tidak memasukkan Ronaldo adalah bukan disebabkan dia tidak cergas, sebaliknya menganggap pemain Al-Nassr itu sudah tidak selincah dahulu.
Dalam pada itu, Ronaldo juga dilaporkan tidak menjalani latihan fizikal bersama rakan sepasukan apabila dia mengambil keputusan untuk melakukan latihan secara bersendirian di gimnasium hotel.
Bagaimanapun, ada laporan yang mendakwa Ronaldo terpaksa kembali ke hotel bagi melakukan latihan secara bersendirian adalah kerana stadium tidak menyediakan peralatan yang diperlukan untuk rutin latihannya.
Terdahulu, Jesus pada awalnya memiliki perancangan memasukkan Ronaldo sebagai pemain gantian untuk 30 minit terakhir, namun pemain berusia 41 tahun itu sekadar memanaskan badan dan tidak diberikan minit permainan. – AGENSI
The post UNL: Ronaldo mula cetus onar appeared first on Kosmo Online.

