Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna

EntertainmentMovie
5 Jun 2026 • 12:13 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Roy Azman pelakon Malaysia dalam filem KONSPIRASI sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Pelakon Roy Azman menyifatkan pengalaman membintangi filem KONSPIRASI sebagai satu detik yang cukup bermakna dalam perjalanan kariernya, meskipun filem berkenaan ditamatkan tayangannya di pawagam lebih awal.

Menerusi perkongsian di media sosial, Roy berkata filem itu membawa beberapa pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya, termasuk menjadi filem pertama yang ditarik daripada tayangan, selain pengalaman pertama beliau memegang watak dengan jawatan seragam tertinggi serta menggunakan pangkat sebenar daripada seorang Ketua Pesuruhjaya. Beliau turut menyifatkan projek itu sebagai antara naskhah yang memberikan bayaran tertinggi dalam kerjaya lakonannya.

“Walau apa pun yang berlaku, ada hikmah tersendiri. Saya terima dengan reda,” katanya sambil menitipkan kata semangat kepada pihak penerbit Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd.

Baca juga:

Sebelum ini, Elepfilm menjelaskan bahawa keputusan menghentikan tayangan filem KONSPIRASI dibuat secara dalaman oleh pihak pengurusan selepas mempertimbangkan pelbagai faktor semasa. Syarikat itu menegaskan keputusan berkenaan bukan strategi pemasaran, bukan untuk publisiti, dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak lain, selain meminta orang ramai menghentikan spekulasi tidak sahih.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan turut memaklumkan pihak mereka menerima makluman mengenai penamatan tayangan tersebut bermula 28 Mei 2026. FINAS turut menjelaskan bahawa permohonan penamatan tayangan datang terus daripada pihak penerbit sendiri.

Terdahulu, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila mengetahui filem Konspirasi dihentikan tayangan secara mengejut selepas kira-kira tujuh hari di pawagam.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau turut mendakwa berlaku beberapa perubahan sepanjang tayangan termasuk poster promosi yang diturunkan serta pengurangan waktu tayangan. Sarimah juga mendakwa terdapat dialog dalam filem tersebut yang dipotong semasa proses tapisan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai ruang dan peluang untuk karya tempatan.

The post Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved