Royal Enfield Lancarkan Motosikal Elektrik Pada Harga Bermula RM12,000

Cars
17 Apr 2026 • 8:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu dengan kenderaan elektrik ialah harganya yang jauh lebih mahal berbanding ICE. Jadi apabila Royal Enfield Flying Flea C6 dilancarkan semalam, ia menyelesaikan isu ini kerana ia dijual pada harga yang mampu milik. Flying Flea C6 ialah motosikal elektrik pertama keluaran syarikat motosikal yang berpangkalan di India ini.

image is not available

Ia dilengkapi motor berkuasa 15.4 kW PMSM dan tork 60 Nm yang memberikan kelajuan maksimum 115 km/j. Bateri hanya sebesar Kapasiti bateri 3.91 kWh memberikan jarak perjalanan sehingga 154 km (IDC). Waktu pengecasan penuh pula hanya 2 jam. Kerana baterinya yang kecil, berat Flying Flea C6 hanya 124 kg. Prestasi motosikal ini tidak tinggi kerana ia direka sebagai alternatif motosikal bawah 350cc di India.

image is not available

Ia hadir dengan paparan skrin sesentuh bulat 3.5″ TFT dengan Google Maps terbina. Terdapat juga ciri ABS, mod tunggangan berbeza dan kawalan cengkaman. Malahan pada bahagian pemegang terdapat pengecas telefon secara nirwayar.

Yang menariknya seperti yang telah dinyatakan di atas ialah harganya. Di India Royal Enfield Flying Flea C6 dijual pada harga bermula ₹199,000 (~RM11,350) untuk model bateri disewa atau ₹279,000 ( ~RM15,900) untuk pembelian penuh. Royal Enfield mengatakan EV ini akan dilancarkan ke pasaran global di masa hadapan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved