
Walaupun berdepan pelbagai cabaran pada hari pertama saingan Pusingan 3 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Jempol, semangat juang pasukan RS Megatech kekal tinggi untuk menghadapi perlumbaan hari ini.
Menurut Pengurus Pasukan, Ikmal Manaf, sesi kelayakan kali ini tidak berjalan seperti yang dirancang apabila beberapa masalah teknikal menjejaskan prestasi jentera pasukan, khususnya dalam kategori Wira KBS.
Namun begitu, masih ada sinar positif apabila pelumba CP125, Iqram Danish, berjaya melayakkan diri ke sesi Shoot Out yang akan berlangsung hari ini. Dalam kategori Wira KBS pula, Aqil Ramadhan muncul wakil terbaik pasukan apabila bakal memulakan perlumbaan dari petak keenam dan dijangka menjadi antara pencabar podium.
Bagi Akid dan Airel Marzuki, nasib kurang menyebelahi mereka apabila kedua-dua jentera mengalami masalah teknikal ketika sesi kelayakan. Jentera Airel berdepan isu gearing, manakala Akid pula mengalami masalah enjin yang menyebabkan prestasi motosikal merosot secara tiba-tiba.
Walaupun kecewa dengan keputusan kelayakan, pasukan berjaya menyiapkan semula jentera yang bermasalah dan kini fokus sepenuhnya kepada perlumbaan. Dengan semangat tidak mudah mengalah, RS Megatech berharap usaha keras seluruh pasukan akan diterjemahkan kepada keputusan membanggakan di hadapan penyokong hari ini.















The post RS Megatech Tidak Mengalah, Sasar Kebangkitan Pada Hari Perlumbaan appeared first on TW Media.

