
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebelum ini pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan kenyataan akan menutup ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur bermula 26 hingga 29 Ogos, dan 31 Ogos untuk memberi laluan kepada raptai serta lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaaan di Putrajaya.
Jelasnya, lintas hormat berkenaan melibatkan 33 pesawat daripada pelbagai agensi penguatkuasaan. Manakala semua aktiviti dron mahupun sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) juga dilarang sepanjang tempoh terbabit.
“Pengendalian dron tanpa kelulusan boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada operasi pesawat terbang tanpa kelulusan boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada operasi pesawat terbang rendah dan pelanggaran terhadap larang ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.
Penutupan itu bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari untuk 26-28 Ogos (raptai), dan 8.45 pagi sehingga 9.45 pagi untuk 29 (raptai) dan 31 Ogos (Hari Kebangsaan).
Pengumuman berkenaan kemudiannya dikongsikan media dan beberapa portal namun ada yang mempersoalkan penutupan tersebut dan percaya ia akan menyulitkan keadaan.


Juruterbang jelaskan yang ditutup hanya airspace bukan airline
Ekoran daripada pengumuman yang dimaklumkan oleh CAAM itu, seorang juruterbang kemudiannya tampil menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan penutupan tersebut.
Ini kerana ada segelintir yang mungkin bimbang penutupan udara itu akan menyebabkan jadual penerbangan pada tarikh-tarikh berkenaan akan terjejas atau sebaliknya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Abang Captain di TikTok, dia menjelaskan sempena Hari Merdeka akan ada lintas udara (persembahan pesawat) di mana memerlukan pihak berkenaan untuk membuat raptai (rehearsal) serta lintas rasmi pada 31 Ogos.
“Sekarang ini dah kecoh dekat media sosial kata banyak ruang udara akan tutuplah, Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa (KLIA) tutup lah kan, penerbangan ditangguhkan lah. Semua dah bising.
“Masalahnya yang tutup tu airspace (ruang udara) KLIA, yang tutup tu bukannya airline (sistem penerbangan). Airline tu tak tutup, airline tu terbang macam biasa sahaja cuma akan berlaku gangguan (jadual penerbangan) kepada pesawat-pesawat.
“Mari saya ceritakan yang betulnya, dia orang cakap di media sosial daripada pukul 8 pagi sampai pukul 11 pagi, 12 tengah hari (penutupan udara). Tak, yang sebenarnya macam ni, airline dengan juruterbang ini, kita ada satu dokumen yang dipanggil AIP (Aeronautical Information Publication) yang disediakan oleh autoriti jika di Malaysia ini CAAM.
“Dalam AIP ni akan beritahu bila ditutup, apa yang terkesan dan apa yang tidak terkesan. 26 sampai 28 Ogos ini, betul memang ada penutupan ruang udara tetapi bukan dari pukul 8 sampai 11 pagi. Tak ada pun, yang macam tu cuma untuk helikopter. Itu pun ia tak terkesan pada KLIA. KLIA buka seperti biasa,” katanya.
Penutupan udara di KLIA hanya satu jam lebih, akui akan ada penangguhan jadual penerbangan namun tak teruk
Menurutnya KLIA hanya terkesan selama satu jam lebih sahaja iaitu bermula 8 hingga 9.45 pagi pada 26 sehingga 31 Ogos.
Tambahnya perkara itu memang akan menyebabkan berlakunya penangguhan jadual penerbangan namun tidak seteruk seperti yang disangka oleh orang ramai.
“Benda ini memang setiap tahun dibuat, jadi buat bertenang dan jangan marah.”
Nasihat penumpang perlu sentiasa semak jadual atau sebarang notis dari syarikat penerbangan
Ujarnya antara perkara yang boleh dilakukan oleh penumpang adalah sentiasa membuat semakan dengan syarikat penerbangan yang ditempah sekiranya ada pertukaran jadual.
“Kata kena datang awal 4 jam tu, tu terpulanglah. Tapi adalah baik jika datang ke lapangan terbang awal. Selesaikan semua duduk relax. Tunggu kapal terbang sampai, naik (take off) itu sahaja.
“Jangan fikir bukan-bukan, benda semua terkawal. Benda semua sudah dirancang pun, bukan baru rancang semalam. Semua airline dan juruterbang tahu (mengenai penutupan udara) benda ini serta kita akan dapat notifikasi.
“Kita bukan baru tahu hari ni nak terbang, baru tahu (mengenai penutupan udara), tidak. Untuk mengelakkan netizen atau penumpang naik angin lah kan, jadi kita dah buat persediaan awal,” jelasnya lagi.
Menurutnya, penutupan sehingga jam 11 pagi itu adalah di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang dan tidak memberi kesan kepada KLIA.
Perkara itu dijelaskan oleh Abang Captain agar tiada penumpang atau orang ramai yang salah sangka dengan pengumuman tersebut.
Ruang Udara KLiA diTUTUP Sempena Hari Merdeka?!😱 #abangcaptain #juruterbangmalaysia #airspaceclosure #merdeka #klia
Ramai setuju penutupan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan adalah perkara biasa
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengatakan ia adalah suatu perkara yang biasa berlaku kerana sambutan Kemerdekaan dan ia tidak sepatutnya menjadi persoalan.
Ada juga mengatakan waktu penutupan juga tidak terlalu lama, dan ada yang berterima kasih atas maklumat yang diberikan.
“Setiap tahun samalah, penutupan udara untuk Hari Kebangsaan. Kenapa ambil serius?

“Biasa lah Merdeka takkan tak tahu kot”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Teruja Pelajar Tadika Di Kuantan Pergi Rombongan Ke KLCC Naik Kapal Terbang [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tahu! Rupanya Kita Boleh Pusing KL Naik Kapal Terbang, Hanya RM800 Untuk 30 Minit [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Teruja Nampak ‘Ikan Berenang Laju’, Rupanya Bayang Kapal Terbang Buat Ramai Terhibur [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Naik Kapal Terbang Dari KL Ke JB Demi Hantar Kuih Raya, Pembeli Siap Taja Tiket Flight! [Video]




![[Review] Dari Kisah Sebenar Ke Layar Perak, Filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’ Bawa Erti Sebenar Kasih Sayang](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![“Cakap Jangan Guna Lutut” – PU Syed Tegur DMA Islam Selepas Gelar Suami Bantu Isteri Bukan Lelaki Sejati [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)