
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap manusia seringkali dinasihatkan untuk sentiasa berbuat baik antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang dan agama.
Bila sebut tentang kebaikan, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk berbuat baik sesama manusia.
Ada yang akan menghulurkan bantuan dengan memberi wang ringgit atau tenaga buat mereka yang memerlukan.
Pak Cik Tahan Geng Rider Tepi Jalan, Rupanya Nak Ajak Makan
Namun lain pula pula dengan cara warga emas ini dalam berbuat baik sesama manusia.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @udee_stell, kelihatan warga emas yang digelar pak cik itu berada di tepi jalan menaiki motosikal.
Apa yang menjadi perhatian adalah pak cik berkenaan dilihat sedang memanggil kumpulan motosikal yang dipercayai peserta RXZ Members 7.0 yang kebetulan melalui jalan tersebut.
Melalui perkongsian tersebut, pengguna berkenaan yang merupakan salah seorang dari kumpulan tersebut mendakwa pak cik itu sebenarnya mahu menjemput geng rider berkenaan untuk makan di rumahnya.
“Time ni ada pak cik ni tahan nak jemput makan dekat rumah dia. Pak cik ni siap cakap lagi susah nak tahan orang untuk jemput makan,” kongsinya.
Geng Rider Jadi Kumpulan Pertama Makan Di Rumah
Difahamkan, geng rider itu merupakan kumpulan pertama yang makan di rumah pak cik tersebut ketika mereka berkunjung ke Terengganu baru-baru ini.
Melalui video itu, dapat dilihat beberapa orang penunggang motosikal terbabit saling memanggil antara satu sama lain sehingga mereka berhenti dan berpatah balik menuju ke arah pak cik tersebut.
Kesemua mereka kemudiannya dilihat menjamu selera di sebuah rumah yang dipercayai milik warga emas berkenaan.
Antara hidangan yang dijamu oleh pak cik itu adalah bihun goreng, keropok dan air sirap.
“Alhamdulillah rezeki. Terima kasih pak cik dan mak cik jemput geng motor macam kami ni datang rumah.
“Kami pun nak minta maaf dengan bunyi ekzos motor bising-bising masuk kawasan kampung ye. Ada rezeki kita jumpa tahun depan lagi ye,” katanya.
Kita jmpa tahun depan yer orang terengganu 🫡 #fyp #rxz #bismillahfyp
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji & Kagum Dengan Keperibadian Pak Cik, Jemput Geng Rider Makan Di Rumah
Video yang telah mendapat lebih 370,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum dengan keperibadian pak cik berkenaan yang menjemput kumpulan motosikal secara rawak di tepi jalan hanya untuk menjemput makan di rumahnya.
Malah, ada yang mendoakan agar pak cik berkenaan dimurah dan dikurniakan rezeki dek kerana kebaikan yang dilakukan itu.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Sumpah Orang Terengganu Memang Baik, Jumaat Lepas Datang Sana Bukan Sebab RXZ Member”

“Dia Jemput Makan Pun Aku Dah Sebak, Pak Cik Memang Hebat”

“Orang Ganu Memang Terbaik, Pagi-Pagi Subuh Pak Cik Kejut Solat, Lepas Subuh Datang Balik Siap Bawa Nasi Dagang 25 Bungkus”

“Pak Cik Tahan Random, Terengganu Bumi Berkat, Bergenang Air Mataku”

“Orang Ganu Baik-Baik, Sampaikan Bila Kita Nak Balik, Tuan Rumah Yang Sedih”

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tandas Free, Masuk Je’ – Tuan Rumah Sediakan Tandas Percuma Buat Perantau Tarik Perhatian Warganet
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Wanita Siap Sediakan Bakul Untuk Beri Makanan & Air Kepada Pekerja Pembersihan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Berehat & Bersihkan Diri, Peserta RXZ Members Dijemput Singgah Ke Masjid Al-Abrar
Source:

![Pengguna Jalan Raya Berganding Bahu, Bantu Wanita Bersalin Di Bahu Jalan Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)