Rugi bersih NTPM susut 13% kepada RM30 juta bagi 4QFY26 susulan kerugian tukaran wang asing berkurangan

LocalBusiness & Finance
1 Jul 2026 • 4:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rugi bersih NTPM susut 13% kepada RM30 juta bagi 4QFY26 susulan kerugian tukaran wang asing berkurangan Image from: Rugi bersih NTPM susut 13% kepada RM30 juta bagi 4QFY26 susulan kerugian tukaran wang asing berkurangan amree01/07/2026 - 16:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 JulaiNTPM Holdings Berhad mencatatkan penyusutan kerugian bersih kira-kira 12.7% kepada sebanyak RM30.49 juta bagi tempoh suku keempat yang berakhir 30 April 2026 (4QFY26).

 

Perkembangan positif itu berbanding RM34.92 juta dicatatkan pada suku sama tahun lalu, didorong terutamanya oleh pengurangan dalam kerugian pertukaran mata wang asing sebanyak RM16.1 juta.

 

Bagaimanapun menurut makluman kumpulan berkenaan kepada Bursa Malaysia, pendapatan keseluruhan bagi suku tersebut susut kira-kira 1.8% kepada RM211.8 juta berbanding RM215.7 juta pada 4QFY25.

 

"Pengurangan ini berpunca daripada jualan yang lebih rendah dalam segmen produk penjagaan diri, selain kerugian kemerosotan nilai hartanah, loji dan peralatan sebanyak RM2.7 juta," kata NTPM. 

 

Produk kertas tisu ujarnya, namun mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 2.8% kepada RM149.8 juta, disokong oleh faktor jualan gulungan jenis jumbo dan produk 'coreboard' yang lebih tinggi.

 

Sementara itu tambah kumpulan berkenaan, produk penjagaan diri pula menyaksikan pendapatan merosot kira-kira 11.4% kepada RM62 juta disebabkan jualan produk lampin bayi yang didapati lebih rendah.



NTPM_DagangNews2026

 

Di samping itu, NTPM berkata, bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 April 2026, peningkatan kerugian bersih dicatatkan kepada RM38.42 juta berbanding RM34.10 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

 

"Dalam makluman berasingan, kumpulan mengumumkan cadangan pelupusan 100% pegangan ekuiti dalam NTPM (Vietnam) Co Ltd pada pertimbangan tunai kira-kira AS$32 juta (kira-kira RM127 juta)," jelasnya. 

 

Langkah ini diambil bagi mengurangkan beban kerugian dan membolehkan kumpulan itu memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan margin keuntungan serta melindungi tahap pendapatan pada masa hadapan.

 

Pihak pengurusan dalam pada itu menyatakan persekitaran perniagaan semasa dijangka masih lagi kekal mencabar ekoran ketidaktentuan di Timur Tengah yang menjejaskan rantaian bekalan bahan global.

 

Namun begitu tambahnya, NTPM akan terus melaksanakan pelbagai strategi pertumbuhan secara mampan bagi menyokong kedudukan pasarannya agar terus stabil. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved