amree26/06/2026 - 18:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com KUALA LUMPUR 26 Jun — Insights Analytics Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM12.77 juta bagi suku keempat berakhir 30 April 2026 (4QFY26), meningkat 34.1% daripada suku sebelumnya.
Menurutnya, pencapaian memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh pertumbuhan pesat dalam segmen rumusan teknologi air, khususnya sumbangan daripada segmen kecil perkhidmatan pembinaan.
Ia merekodkan hasil RM73.12 juta bagi suku itu, naik 65.1% berbanding suku kewangan sebelumnya. Keuntungan sebelum cukai (PBT) turut meningkat 38.0% kepada RM16.96 juta bagi tempoh yang sama.
"Bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2026 secara kumulatif, jumlah perolehan sebanyak RM172.57 juta dengan keuntungan bersih mencecah RM41.47 juta," maklum Insights Analytics kepada bursa.
Bagaimanapun ujarnya, tiada sebarang angka perbandingan bagi tahun sebelumnya disediakan kerana ini merupakan laporan tahunan pertama syarikat selepas penyenaraiannya pada 27 Oktober 2025.
Mengulas mengenai prospek masa depan, pengurusan menyatakan keyakinan untuk mengekalkan prestasi mampan melalui pengukuhan portfolio rumusan proprietari yang dijana penggunaan teknologi moden.
Strategi Insights Analytics termasuklah meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman, mengukuhkan kehadiran pasaran di Malaysia, serta menyasar banyak projek baharu kerajaan.
"Kumpulan turut meneroka pelaburan strategik serta peluang penggabungan dan pengambilalihan (M&A), manakala dana tawaran awam permulaan (IPO) sedang dimanfaatkan sebaiknya," jelas syarikat itu.
Antaranya penggunaan kira-kira RM16.03 juta daripada sejumlah RM43.56 juta yang diraih untuk tujuan pengembangan pejabat korporat di Sarawak, modal kerja, dan kos penyenaraian di bursa.
Selain itu, Insights Analytics menggunakan RM16.03 juta daripada RM43.56 juta yang diraih IPO untuk tujuan pengembangan pejabat korporat di Sarawak, modal kerja, dan kos penyenaraian.
Lembaga Pengarah tidak mengisytiharkan dividen bagi suku kewangan di bawah tinjauan, namun syarikat berada pada kedudukan kewangan stabil dengan aset bersih sesaham 22 sen. - DagangNews.com





