Ruhainies sambut ‘Birthday’ Bersama Pelajar Tahfiz, Jawab Isu Selalu Dikecam

21 Jul 2024 • 12:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa yang tidak mengenali pelakon kontroversi, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas. Sejak kes yang berlaku antara dirinya dan Aliff Aziz tempoh lalu, dia tidak berhenti menerima kecaman dari netizen.

Menurut mStar, Ruhainies berkata dia lebih memilih untuk tidak membalas semua kecaman tersebut kerana tidak ingin menimbulkan sebarang perbalahan.

image is not available

Semua berhak untuk bercakap. Terpulang kepada mereka untuk kecam atau perli. Saya tidak akan melenting kerana enggan cetuskan pergaduhan. Saya mahu hidup tenang dan gembira.

Nampak tenang dan tidak mengambil peduli tentang kecaman yang diterima, Ruhainies bagaimanapun akui ini adalah satu ujian yang sukar untuk ditempuh.

Ruhainies juga mengambil langkah untuk mendekatkan diri dengan agama selepas apa yang berlaku pada dirinya.

Sepanjang tempoh 10 tahun terlibat dalam industri, banyak rezeki yang telah Allah kurniakan. Tak terbanding dengan ujian yang saya hadapi sekarang ini, Saya harap akan menjadi lebih kuat dan lebih bersyukur.

Apabila berlaku perkara begini saya banyak dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mengingati-Nya, katanya.

Pada hari Sabtu yang lalu Ruhainies telah melangsungkan majlis ulang tahunnya di Lanai Anggun, Kuala Lumpur.

Membawa kelainan dari sambutan sebelum ini, Ruhainies menyambut hari kelahirannya bersama-sama 30 pelajar tahfiz dalam sebuah majlis doa selamat.

Memang setiap tahun akan buat doa selamat dan kemudian majlis bersama peminat. Cuma tahun ini lebih istimewa kerana ada anak-anak tahfiz yang turut memeriahkan majlis.

image is not available

Jap!