Rujuk Hannah Yeoh isu penangguhan pengampunan Najib – Azalina

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 9:27 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rujuk Hannah Yeoh isu penangguhan pengampunan Najib – Azalina

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyerahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh untuk menjelaskan berhubung penangguhan mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan permohonan pengampunan Diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, walaupun Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang berada di bawah seliaannya bertindak sebagai sekretariat kepada Lembaga Pengampunan, beliau bukan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan berkenaan.

“Segala persoalan mengenai sebab penangguhan, tarikh baharu mesyuarat serta perkara berkaitan perlu dirujuk kepada pihak yang mempunyai tanggungjawab langsung dalam lembaga tersebut.

“Saya sebenarnya, saya dapat maklumat pun daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh BHEUU. Saya bukan Menteri bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Kayuhan Fashionista, Bulan Kebangsaan ‘Dua Sambutan, Satu Jiwa’, di sini hari ini.

Katanya, biarpun BHEUU di bawahnya, isu Lembaga Pengampunan tiap-tiap negeri dan BHEUU pula adalah sekretariat, tetapi Menteri dan Menteri Besar negeri tersebut adalah wakil eksekutif dalam Lembaga Pengampunan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan supaya kerajaan menjelaskan alasan penangguhan mesyuarat yang membincangkan permohonan pengampunan Najib.

Ketika ditanya sama ada alasan penangguhan itu akan dimaklumkan kepada umum, beliau sekali lagi menegaskan perkara tersebut perlu dirujuk kepada Hannah.

“Jadi, pasal itu tanya YB Hannah lah. Tak payah tanya saya,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi perkenan agar permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, keputusan menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) akan datang adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

The post Rujuk Hannah Yeoh isu penangguhan pengampunan Najib – Azalina appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved