“Rujuklah Kembali, Dari Berkahwin Dengan Wanita Lain” – Ibu Mentua Saran Inara Kembali Bernikah Dengan Virgoun

Entertainment
6 Jul 2024 • 8:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu kepada penyanyi Virgoun, Eva Manurung menyarankan agar bekas menantunya, Inara Rusli untuk kembali rujuk dengan anaknya.

Ia susulan penangkapan Virgoun akibat penyalahgunaan dadah syabu baru-baru ini.

image is not available

Pada pendapat Eva, keadaan mungkin menjadi lebih baik jika Virgoun dan Inara kembali bersama daripada anak lelakinya itu berkahwin dengan wanita lain.

Namun begitu, cadangan Eva disambut negatif Inara kerana dia enggan rujuk kembali bersama bekas suaminya itu.

Macam mana ya? Dari saya sendiri memang tidak mahu (rujuk). Dan dari agama juga sebenarnya tidak boleh.

Sebelum ini, Inara telah dijatuhkan talak tiga pada Mei 2023 oleh Virgoun sekaligus membuatkan kedua-duanya tidak mungkin bersama lagi melainkan Inara bernikah bersama orang lain dan bercerai.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla dari Indonesia itu mula mencuri tumpuan apabila dia ditangkap curang bersama wanita lain ketika masih bernikah dengan Inara.

Mereka berdua secara rasmi bercerai pada November 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Masih Teringat Jeritan Mummy Di Rumah Itu" - Anak Sharifah Aini Maklum Hasil Jualan Rumah Telah Selesai Difaraidkan Kepada Yang Berhak