“Sampai Hati, Sanggup Kamu” – Ibu Mentua Luah Rasa Kesal, Suspek Tik*m Isteri Mohon Maaf

1 Jul 2024 • 1:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bunuh isteri

Tak dapat tahan sebak, ibu kepada mangsa bunuh suami sendiri menangis saat berhadapan dengan menantunya di lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak.

Menerusi video yang dimuat naik Malaysia Gazette, Rozita Radzuan meluahkan kata-kata kesal kepada suspek yang sanggup membunuh anaknya.

Suspek dalam keadaan bergari diiringi anggota polis sempat meminta maaf sebelum berlalu pergi.

Pada 20 Jun lalu, suspek menyerah diri ke balai polis selepas menikam isteri dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah Perak.

@iamsyiran

Semoga keadilan tertegak untuk Nisya Syahkila. Ini baru permulaan. #justicefornisya

♬ original sound – iamsyiran – iamsyiran

image is not available

Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati kerana mangsa mahu meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Abang mangsa pula mendedahkan, adiknya telah menerima ugutan jenayah termasuk bunuh sejak lebih setahun lalu.

Kredit: Malaysia Gazette | TikTok iamsyiran

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.