Rumah Banyak Nyamuk? Jom Buat Perangkap Mesra Alam

Environment
20 Feb 2023 • 2:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
perangkap nyamuk mesra alam

Musim hujan kini pasti nyamuk dapat membiak dengan banyak bukan? Tapi, macam mana nak kawal nyamuk ini daripada terus berkeliaran di kawasan sekitar rumah?

Hari ini, kami akan kongsikan dua cara mudah untuk membina perangkap serangga yang berbahaya ini dengan menggunakan bahan yang mesra alam.

Botol karbon dioksida

image is not available

  1. Potong botol plastik kepada 2 bahagian seperti gambar di atas.
  2. Campurkan gula dengan air panas hingga sebati dan biarkan sejuk.
  3. Bila adunan sudah sejuk, masukkan ke dalam botol yang telah dipotong tadi, kemudian masukkan Yis ke dalam botol. Yis ini bertujuan menghasilkan karbon dioksida yang menarik nyamuk.
  4. Balut botol plastik dengan kain hitam untuk menarik perhatian nyamuk yang menyukai persekitaran gelap.
  5. Letakkan botol di sudut rumah atau di tempat yang banyak nyamuk.

Botol stokin terpakai

image is not available

  1. Ikuti langkah seperti botol karbon dioksida tetapi tukar campuran gula yis dengan sarung kaki lama yang belum dibasuh.
  2. Letakkan botol berisi stokin itu di sudut gelap.

Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: Kickstory

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media