“Thank you sebab bahagia atas penderitaan kami” – Isteri Pelakon Dedah Suami Curang?

Entertainment
16 Feb 2023 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini seakan semakin banyak pula didengari perihal rumah tangga pasangan selebriti yang dilanda dugaan orang ketiga.

Terbaru, sebuah lagi pengakuan daripada isteri seorang pelakon lelaki kacak yang banyak membintangi drama serta telefilem tempatan, menyatakan suaminya itu curang dengan seorang wanita lain.

Hubungan terlarang bapa kepada dua anak itu diketahui oleh isterinya, lalu isterinya itu memuat naik beberapa IG Story menceritakan perkara tersebut.

image is not available

“Thank you sebab sakitkan I dengan anak-anak I yang tak berdosa, thank you sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak I.

Thank you sebab runtuhkan rumah tangga I, thank you sebab you sesama perempuan pun you sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak ‘fight for your love’ haha,” tulisnya.

image is not available

Selain itu, wanita berkenaan turut menyatakan yang dia terlalu naif dan bodoh kerana membiarkan perkara tersebut berlaku. Malah, dia turut meminta maaf kepada dua orang anaknya dalam IG story miliknya itu.

Sebelum ini tular dakwaan seorang pelakon lelaki kantoi bermesej lucah dengan wanita lain sehingga diketahui isterinya, lebih menguatkan spekulasi ini, apabila menjengah ke profil Instagram pelakon lelaki berkenaan, semua gambar bersama isterinya telah dipadam.

Jaga-jagalah semua wanita di luar sana ya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.