Rumah Dipecah Masuk Penceroboh, Saif Ali Khan Cedera Ditikam Enam Kali

WorldEntertainment
16 Jan 2025 • 3:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon terkenal Bollywood Saif Ali Khan, 55, cedera sehingga dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan ditikam penceroboh dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di apartmennya di Bandra, Mumbai, India malam tadi.

Menurut laporan BBC News, kediaman aktor yang juga merupakan suami kepada Kareena Kapoor itu dipecah masuk penceromoh kira-kira pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) ketika dia sedang tidur bersama anak-anaknya, Taimur dan Jeh.

Saif Ali Khan Parah Ditikam Sebanyak Enam Kali

image is not available

Foto: X @ndtv

Sewaktu kejadian, Kareena tidak berada di rumah kerana keluar bersama kakaknya Karisma Kapoor dan pelakon, Sonam Kapoor.

Saif yang terdengar bunyi bising bangun dan berhadapan dengan penceroboh tersebut sebelum berlaku pergelutan antaranya kedua-duanya.

Foto: Hindustan Times

Pelakon filemHum Saath-Saath Hain itu dilaporkan cedera akibat ditikam beberapa kali dengan pisau dan telah dikejarkan ke Hospital Lilavati, Mumbai kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurut Pegawai Eksekutif hospital berkenaan Niraj Uttamani, Saif mempunyai enam kecederaan di tubuh badan dimana dua daripada merupakan luka yang sangat dalam serta satu daripada kecederaan hampir dengan tulang belakang.

image is not available

Foto: Carian Google

“Kami akan menjalankan pembedahan terhadapnya dan akan dilakukan beberapa orang doktor bedah termasuk doktor bedah kosmetik. Kami akan memberi maklum balas selepas pembedahan selesai dilakukan,” katanya.

Kejadian tersebut menggemparkan seluruh industri perfileman Bollywood dengan rata-rata netizen mempersoalkan tahap keselamatan rumah pelakon itu yang merupakan seorang bangsawan.

Pihak polis memaklumkan bahawa suspek melarikan diri selepas kejadian dan usaha memburunya sedang dijalankan.

Sumber: BBC News, X @ndtv