Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditik*m 6 Kali Oleh Penceroboh Di Rumah

Entertainment
16 Jan 2025 • 2:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang ternama Bollywood, Saif Ali Khan, kini sedang dirawat di hospital kerana ditikam sebanyak enam kali oleh penceroboh di rumahnya di Mumbai, India, difahamkan insiden itu berlaku awal pagi Khamis (16 Jan).

Pelakon serta penerbit itu tinggal di sebuah apartmen di pinggir bandar barat bandar Bandra, bersama isterinya Kareena Kapoor yang juga seorang pelakon dan dua anak mereka, Jeh dan Taimur.

image is not available

Menurut laporan CNA, beliau dibawa ke hospital berdekatan rumahnya pada kira-kira 3.30 pagi tadi dengan enam kecederaan, ketua pegawai operasi hospital itu, Niraj Uttamani memberitahu dua tikaman itu lebih dalam daripada yang lain.

“Salah satu kecederaan lebih dekat dengan tulang belakangnya, kami dapat mengesahkan tahap kecederaannya hanya selepas pembedahan,” katanya.

Pihak polis memberitahu penceroboh itu melarikan diri selepas kejadian tersebut dan siasatan telah dilancarkan, sebuah pasukan ditubuhkan untuk mencari suspek.

Sebagai info, Saif Ali Khan merupakan anak kepada bekas kapten pasukan kriket India, Mansur Ali Khan Pataudi dan pelakon Sharmila Tagore.

Beliau merupakan antara bintang Bollywood yang paling bernilai dan telah muncul dalam lebih daripada 70 filem serta siri televisyen selain menjadi penerbit.

Sumber: CNA

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.