Saif Ali Khan ditikam perompak 6 kali hampir terkena tulang belakang, sebilah pisau tertinggal di badan 

WorldEntertainment
16 Jan 2025 • 6:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BINTANG

legenda Bollywood, Saif Ali Khan, 54, dilapor ditikam di kediamannya di Bandra, Mumbai.



Kejadian berkenaan berlaku pada awal pagi Khamis ketika seorang penceroboh tidak dikenali memasuki rumahnya sekitar jam 2 pagi



Menurut laporan media, Saif Ali Khan mengalami beberapa luka tikaman, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.



Lebih membimbangkan, salah satu kecederaan adalah berdekatan dengan tulang belakangnya dan pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan pisau sepanjang 2.5 inci.



Menurut polis, suspek yang tidak dikenali menceroboh kediaman dan cuba melakukan cubaan rompakan.



Saif yang cuba menghalang pencuri itu daripada melarikan diri telah bergelut dengannya dan diserang dengan objek tajam hingga menyebabkan enam tikaman.



Pelakon

Hum Saath-Saath Hain

dan

Kal Ho Naa Ho

itu dibawa ke hospital oleh anaknya, Ibrahim Ali Khan dan seorang lagi pembantu kira-kira jam 3.30 pagi.



image is not available



Menurut Ketua pegawai Operasi Hospital, Niraj Uttamani, daripada enam kecederaan dialami Saif, dua daripadanya merupakan tikaman yang dalam.



Polis berkata penyerang melarikan diri selepas kejadian itu. Bagaimanapun siasatan telah dilancarkan dan pihak polis giat memburu suspek.



Artikel berkaitan:



Seorang pegawai perubatan di Hospital Leelavati, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Hindustan Times bahawa doktor menemui sebilah pisau pada bahagian tubuh pelakon lelaki itu.



“Pembedahan itu perlu untuk mengeluarkan pisau dan mengelakkan cecair tulang belakang yang bocor.

"Selain kecederaan tulang belakang, Saif mempunyai dua lagi luka dalam iaitu pada pergelangan tangan kiri dan leher kanan," katanya.



Kecederaan ini ditangani oleh pasukan pembedahan plastik, diketuai oleh Dr Leena Jain.



Anak kepada pemain kriket dan bekas kapten India Mansur Ali Khan Pataudi dan pelakon Sharmila Tagore itu kini stabil dan semakin pulih dan dijangka kekal di Unit Rawatan Rapi hingga esok.



Doktor menjangkakan beliau mungkin dibenarkan keluar dalam masa beberapa hari lagi.



Pihak polis memaklumkan penyerang yang melarikan diri selepas kejadian diburu dan siasatan sedang giat dijalankan.