Rumah kayu musnah terbakar di Sandakan, Lahad Datu

11 Oct 2025 • 2:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sebanyak lapan rumah kayu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Mangkalinau di sini, Khamis malam.

Menurut pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Hazmizan Maksit yang juga Komander Operasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.18 malam.

“Seramai 15 anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai. Jentera pertama tiba pada jam 8.22 malam.

“Pasukan menjalankan operasi pemadaman menggunakan kaedah offensive dan defensive dengan satu aliran sepanjang 400 kaki serta dua pancutan menggunakan sumber air dari tangki jentera,” katanya dalam kenyataan.

Api dikawal sepenuhnya pada jam 8.38 malam dan operasi tamat pada jam 9.20 malam.

Tiada mangsa dilaporkan manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu di LAHAD DATU, sebuah rumah kayu musnah sepenuhnya manakala dua lagi rosak dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Sarip, Jalan Silam di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sumsoa Rashid seramai 21 anggota bersama dua jentera bomba, kenderaan EMRS dan dua pacuan empat roda (4WD) dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.05 malam.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air terbuka dengan aliran sepanjang 400 kaki dan dua alur pancutan.

“Rumah pertama berukuran 40x60 kaki persegi musnah 100 peratus, manakala rumah kedua mengalami kerosakan 30 peratus dan rumah ketiga 60 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.11 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya, dan menambah operasi ditamatkan pada jam 9.56 malam selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.