
BEAUFORT: Sebuah rumah musnah bersama kereta Perodua Kancil dan motosikal Yamaha dalam kebakaran di Kampung Luagan, di sini, pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort Muhammad Hasbullah Nenggok yang mengesahkan kejadian itu berkata ia berlaku kira-kira jam 12.53 tengah hari.
Anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian menaiki jentera bomba, ambulans dan pacuan empat roda.
Apabila tiba, api sudah pun merebak dan memusnahkan kereta serta motosikal itu.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Anggota bomba menggunakan sumber air dari jentera bomba dan bekalan air terbuka dari sungai berhampiran menggunakan pam terapung untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
Muhammad Hasbullah berkata, punca kejadian dan anggaran kerosakan masih disiasat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
