Rumah, kereta musnah terbakar di Sandakan

22 Jun 2024 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 30X40 kaki persegi dan sebuah kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Garinono, Kampung Pertanian, Batu 25, di sini, Selasa.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Rosemidian Majid, berkata, 13 anggota bersama sebuah jentera, kenderaan utiliti serta unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi, 42km dari balai, selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.19 petang melalui MERS999.

Katanya, operasi terkawal jam 4.30 petang dan tamat jam 4.46 petang. Tiada mangsa dilaporkan manakala punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more * Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.