Rumah kontena atlet jadi kediaman sementara mangsa gempa

13 Nov 2026 • 7:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rumah kontena atlet jadi kediaman sementara mangsa gempa

NAGOYA: Sebanyak 40 unit rumah kontena yang digunakan sebagai penginapan atlet sepanjang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan Sukan Para Asia di Jepun akan dipindahkan ke Kumamoto untuk dijadikan kediaman sementara mangsa gempa bumi.

Proses pemindahan bermula pada 12 November lalu dengan unit berkenaan diangkut secara berperingkat menggunakan treler dari Nagoya ke kawasan yang terjejas akibat gempa.

Penghantaran itu dibuat susulan permohonan bantuan oleh kerajaan Wilayah Kumamoto kepada jawatankuasa penganjur temasya berkenaan.

Sebelum ini, sebanyak 400 unit rumah kontena disediakan sebagai kemudahan penginapan tambahan kerana tiada perkampungan atlet dibina khas untuk temasya itu.

Atlet dan petugas lain turut ditempatkan di hotel serta kemudahan penginapan sedia ada.

Pada 10 November lalu, beberapa unit rumah kontena yang ditempatkan di kawasan pelabuhan di daerah Minato, Nagoya, diangkat menggunakan kren sebelum dimuatkan ke atas treler untuk dihantar ke Kumamoto.- AGENSI

 

The post Rumah kontena atlet jadi kediaman sementara mangsa gempa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved