Tanah runtuh Subang: Lapan rumah dikosongkan, kawasan diisytihar bencana

12 Nov 2026 • 10:51 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tanah runtuh Subang: Lapan rumah dikosongkan, kawasan diisytihar bencana

SHAH ALAM, 12 NOV: Penghuni lapan rumah di Persiaran Kosmos, Seksyen U5, Kampung Melayu Subang Tambahan diarahkan berpindah selepas kawasan kediaman mereka diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan kejadian tanah runtuh semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara Izuan Kasim berkata keputusan itu dibuat selepas penilaian awal dan perbincangan bersama pihak berkuasa serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan penduduk terjejas.

Menurutnya, semua penghuni terbabit perlu mendapatkan kediaman sementara berikutan keadaan cerun yang runtuh masih memerlukan penilaian lanjut.

"Kita telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan bencana.

"Semua penduduk yang terjejas, khususnya lapan rumah ini, diarah berpindah dan tinggal di kediaman lain demi keselamatan mereka," katanya.

Izuan berkata Kerajaan Negeri turut bersedia membantu menanggung kos sewaan rumah sementara bagi meringankan beban penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Jelasnya, bantuan itu diberikan sementara menunggu keputusan mengenai kaedah pembaikan tebing atau cerun yang runtuh bagi memastikan kawasan berkenaan kembali selamat.

"Kerajaan Negeri akan membantu dari sudut sewaan rumah sementara menunggu keputusan bagaimana kita hendak melaksanakan kerja pembaikan tebing atau lereng ini.

"Saya mendoakan segala urusan keluarga yang terlibat dipermudahkan. Insya-Allah, saya bersama Kerajaan Negeri akan membantu sedaya upaya," katanya.

Beliau berkata pihaknya kini menunggu laporan daripada beberapa agensi berkaitan bagi menilai keadaan tanah sebelum menentukan langkah pembaikan yang bersesuaian.

Terdahulu, kejadian tanah runtuh kira-kira jam 7 pagi semalam menyebabkan struktur tembok penahan konkrit di kawasan berkenaan rosak dan sebahagian cerun terdedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.55 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved