Apabila bercakap tentang mengemas rumah, mesti ramai di antara kita yang ada ‘tabiat’ yang sukar untuk untuk dibuang. Setiap kali mengemas rumah, niat asal memang mahu membuang barang yang tidak diperlukan, tetapi selepas dua jam, semuanya masih ada di tempat yang sama.
Bezanya, barang-barang yang kononnya hendak dibuang itu sudah dipindahkan ke tempat lain. Dari atas meja ke dalam kotak, kemudian disumbat pula ke dalam almari.
Baju yang sudah bertahun-tahun tidak dipakai masih disimpan kerana kononnya mungkin akan digunakan semula. Beg-beg kertas hasil belian barangan berjenama pun sayang nak dibuang. Bahkan kotak barangan elektrik disimpan atas alasan suatu hari nanti pasti berguna.

Belum lagi barang kenangan seperti gambar lama, kad ucapan, hadiah daripada kawan atau hasil lukisan anak-anak. Walaupun tidak tahu hendak disimpan di mana, hati tetap berat untuk melepaskannya.
Akhirnya, rumah semakin penuh. Ruang penyimpanan barang juga semakin terhad.
Bukan Semua Barang Perlu Dibuang
Sebenarnya, masalah rumah bersepah tidak semestinya berpunca daripada terlalu banyak barang. Ada kalanya, kita cuma tidak mempunyai sistem penyimpanan yang sesuai atau setiap barang tidak mempunyai tempat khusus.
Indeks Susun Atur Rumah IKEA 2026 mendapati kebanyakan rakyat Malaysia tidak memerlukan rumah yang lebih besar, sebaliknya hanya memerlukan sedikit bantuan untuk menambah baik ruang sedia ada.
Dapatan ini diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan terhadap 506 orang rakyat Malaysia.

Malah, 40 peratus responden menganggap barangan sentimental dan kenangan sebagai antara barang yang paling sukar disusun.
Jadi, penyelesaiannya bukan semata-mata mengisi beberapa beg sampah dan membuang segala-galanya. Barang yang masih digunakan boleh disimpan dengan lebih teratur, manakala barangan kenangan boleh ditempatkan di rak atau ruang khas supaya tidak sekadar tersorok di belakang almari.
Mulakan Dengan Satu Sudut, Bukan Satu Rumah
Kesilapan yang sering dilakukan ketika mengemas ialah mahu menyelesaikan semuanya dalam satu hari. Apabila anda mula berfikir untuk mengemas ruang tamu, bilik tidur, dapur dan almari yang penuh pada hari yang sama, kerja mengemas boleh terasa terlalu membebankan.
Jadi, adalah lebih mudah jika kerja-kerja mengemas ini dimulakan dengan satu kawasan kecil. Cuba kemaskan laci yang penuh dengan pelbagai barang, kosongkan meja makan atau sediakan satu tempat khusus untuk kunci, pengecastelefon dan barang yang selalu digunakan.
Untuk bilik tidur, penyusun laci dan ruang di bawah katil boleh membantu memanfaatkan ruang yang sering terbiar. Di ruang tamu pula, rak dan kabinet boleh digunakan untuk menyimpan barang harian sambil mempamerkan foto atau koleksi yang mempunyai nilai sentimental.
Kalau tinggal bersama keluarga, pastikan setiap orang mempunyai ruang simpanan sendiri. Kajian IKEA turut mendapati seorang daripada tiga rakyat Malaysia menganggap perbezaan keperluan ahli keluarga sebagai salah satu cabaran untuk mengemas rumah.
Maksudnya, tugas mengemas tidak sepatutnya jatuh kepada seorang sahaja. Jika semua orang tahu tempat barang masing-masing disimpan, lebih mudah untuk memastikan rumah sentiasa kemas.
“Rumah membawa makna yang berbeza bagi setiap keluarga di Malaysia, namun apa yang kami dengar adalah jelas, orang ramai mahu rumah mereka berfungsi dengan lebih baik bagi semua penghuninya, dan ramai sebenarnya hanya memerlukan sedikit sokongan untuk merealisasikannya,” ulas Pengarah Peruncitan Negara IKEA Malaysia, Takeshi Murai.
Get Sorted Lah! Di Gedung IKEA
Bagi membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama, IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan menganjurkan Rumah Terbuka Sorted Lah! Pada setiap hujung minggu dari 10 Oktober hingga 1 November 2026.
Keluarga dan rakan-rakan boleh bersama-sama menyertai The Sorting Escape, cabaran storan praktikal yang boleh didaftar menerusi laman mikro khas. Skor setiap pasukan akan dipaparkan secara langsung, manakala pasukan terbaik akan kembali pada hujung minggu terakhir untuk merebut gelaran King of Storage.

Selain itu, pengunjung boleh memilih album kegemaran di The Listening Lounge, mendapatkan idea untuk ruang yang sukar diatur di The Design Table, bersantai di The Great Book Club, atau membiarkan si kecil menikmati Say Hej! dan Little Designers.
Hakikatnya, rumah yang lebih baik tidak semestinya lebih besar. Apabila setiap barang mempunyai tempatnya sendiri, akan ada lebih banyak ruang untuk semua orang.
Pendaftaran untuk The Sorting Escape boleh dibuat mulai 8 Oktober 2026 menerusi https://sorting-escape-prod.web.app.
Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my atau ikuti IKEA Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk perkembangan terkini.
Ingat, rumah yang selesa bukan bermaksud setiap sudut perlu kelihatan kosong atau semua barang lama mesti dibuang.
Yang penting, kita tahu apa yang perlu disimpan, di mana hendak mencarinya, dan bila perlu melepaskan sesuatu yang sudah tidak lagi digunakan. - Getaran, 15 Oktober 2026




