[VIDEO] ‘Barang milik Irene Sofiya masih tak terusik, saya masih terbayang-bayang dia’ – Datuk

15 Oct 2026 • 2:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] ‘Barang milik Irene Sofiya masih tak terusik, saya masih terbayang-bayang dia’ – Datuk
Image from: [VIDEO] ‘Barang milik Irene Sofiya masih tak terusik, saya masih terbayang-bayang dia’ – Datuk
Barang milik arwah Irene Sofiya yang masih tidak terusik di rumah datuknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Batu Pahat.
Image from: [VIDEO] ‘Barang milik Irene Sofiya masih tak terusik, saya masih terbayang-bayang dia’ – Datuk
Barang milik arwah Irene Sofiya yang masih tidak terusik di rumah datuknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Batu Pahat.

BATU PAHAT – Pakaian dan barang-barang milik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di dalam biliknya masih tidak terusik walaupun sudah hampir dua minggu pemergiannya.

**media[3678994]**

Khyar Abas, 69, berkata, setiap sudut rumah masih mengingatkan dirinya kepada cucu kesayangnya itu yang dijaga sejak berusia 9 tahun.

Menurutnya, perasaan seolah-olah Irene Sofiya masih berada di rumah itu sering dirasai apabila melihat barang-barang peninggalan arwah.

“Memang saya tak boleh lupa Fiya kerana banyak kenangan bersamanya.

"Saya, isteri dan keluarga jaga sejak kecil selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser ketika Fiya berusia lapan tahun.

“Apabila melihat pakaian, barang-barang dalam bilik Fiya, saya masih terbayang-bayang dia,” katanya ketika ditemui di kediamanya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada Khamis.

**media[3678995]**

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan kerajaan yang hadir memberikan sokongan moral kepada keluarganya.

Menurutnya, kunjungan serta sokongan yang diterima sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi saat sukar itu.

"Masih ramai yang datang menziarahi kubur arwah dan rumah kami. Paling jauh dari Kelantan.

"Saya terharu dengan sokongan diberikan rakyat Malaysia dan berterima kasih atas kata-kata semangat dan sumbangan yang diberikan.

"Paling memberi kesan kepada saya dan keluarga ialah kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved