‘Rumah Mesra bantu golongan miskin miliki kediaman sendiri’

31 Jul 2023 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) memberi manfaat kepada penerima khususnya golongan miskin dan miskin tegar yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kunak, Hussin Mohd Rais berkata, sebelum ini 20 buah rumah SMJ dicadangkan untuk dibina sejak awal tahun ini dengan, masing-masing, 12 dikemukakan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan lapan lagi oleh Pejabat Daerah.

“Ketika ini, masih terdapat beberapa Rumah Mesra SMJ dalam pembinaan sementara yang lain telahpun siap dibina dan diduduki oleh penerima,” katanya kepada Daily Express selepas meninjau sebuah rumah SMJ di Kg Kadazan yang sudah didiami oleh penerima.

Hussin berkata, antara rumah SMJ yang sedang dan akan dibina termasuk di Kg Lormalong, Kg Getah, Kg Mostyn Lama, Kg Pangi, Kg Kunak Jaya dan Kg Kadazan.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Sebahagian yang telah dibina merupakan apa yang kami (UPPM) cadangkan sebelum ini hasil daripada kajian dan lawatan lapangan bagi mengenalpasti rakyat yang memerlukan bantuan rumah.

“Pembinaan Rumah Mesra SMJ sejajar dengan inisiatif halatuju Sabah Maju Jaya bagi membantu golongan miskin yang memerlukan rumah sempurna,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima rumah SMJ di Kg.Kadazan, Maduali Saini berkata, beliau menghargai komitmen dan sokongan daripada Unit UPPM Kunak yang meninjau keadaan rumahnya pada Oktober tahun lalu dan seterusnya meluluskan permohonannya untuk mendapat bantuan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.