Rumah reka bentuk lama Orang Asli makin uzur

4 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rumah reka bentuk lama Orang Asli makin uzur

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Pos Bihai, di sini, berharap kerajaan memberi perhatian terhadap keperluan rumah baharu dan membaik pulih kediaman lama yang semakin uzur.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Kampung Tendrik, Apek Asud berkata, sebahagian rumah yang dibina pada 2004 dan 2005 kini mengalami pelbagai kerosakan.

Katanya, masalah itu melibatkan kediaman di 13 kampung termasuk bumbung pecah, zink tercabut, berkarat dan struktur rumah yang semakin reput.

“Rumah yang dibina Jabatan Kemajuan Orang Asli menggunakan kayu dan rumah batu dengan reka bentuk lama, jadi lama-kelamaan semakin rosak dan uzur,” katanya ketika ditemui di Pos Bihai di sini semalam.

Penduduk, Atar Pedik, 50, berkata, keadaan rumah papan dan buluh yang didiaminya sejak sekian lama menyebabkan ruang untuk keluarganya semakin terhad.

Katanya, sebahagian anaknya yang sudah berkeluarga terpaksa tinggal di rumah lain kerana kediaman berkenaan tidak lagi mampu menampung semua ahli keluarga.

“Struktur rumah saya diperbuat daripada papan dan buluh. Anak saya terpaksa tinggal di rumah lain kerana sebahagiannya sudah berkeluarga.

“Saya sudah lama tinggal di rumah buluh dan berharap mendapat bantuan rumah batu daripada kerajaan supaya lebih selesa,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim mencadangkan sekurang-kurangnya lima rumah baharu dibina setiap tahun bagi menampung keperluan perumahan masyarakat Orang Asli.

“Kita harap menerusi Belanjawan 2027, kerajaan dapat membantu menyediakan peruntukan rumah demi keselesaan masyarakat Orang Asli,” katanya.

The post Rumah reka bentuk lama Orang Asli makin uzur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved