
BEAUFORT: Adun Klias Datuk Isnin Aliasnih yakin menjelang 2027, tiada lagi rakyat miskin di kawasan ini yang tidak mempunyai rumah sendiri susulan pelaksanaan bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).
Beliau berkata, walaupun baru dilancarkan tiga tahun lalu secara berperingkat, inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor itu dilihat memenuhi keperluan golongan terbabit.
Advertisement“Sebelum ini, kita hanya harap rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), yang kadangkala kuota untuk satu daerah hanya lima atau 10 buah, yang sudah tentu tidak cukup.
“Tapi berbeza dengan program rumah SMJ ini, apabila kerajaan negeri memperuntukkan 20 rumah bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) setiap tahun.

