“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

9 Oct 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.

Doa yang baik-baik

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Fiza berkata, dia mendoakan yang terbaik buat kes tersebut dan berharap agar netizen tidak mengetahui tentang perkara yang sebenar.

“Apa-apa terjadi yang tengah viral di media sosial sekarang ini, kita doa yang terbaik sahaja.

“Semoga netizen tidak akan menjumpai sebab yang benar. Saya tak tahu,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Fiza turut menitipkan pesanan kepada pengikutnya agar sentiasa menjaga kesihatan agar dapat mencari rezeki tanpa memerlukan bantuan sesiapa. 

“Semoga kita sihat untuk anak dan suami supaya saya mampu untuk berdikari sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk mendapatkan Hermes.

“Saya mahu cari duit saya sendiri, Insha-Allah boleh kita teruskan,” katanya dengan nada sindirin. 

Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik itu tidak diperincikan ditujukan kepada siapa.