Rumah terbakar, suami isteri tinggal sehelai sepinggang

12 Oct 2025 • 10:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Siasai Tamu di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, dalam kebakaran kira-kira jam 3 petang itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.08 petang.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejauh dua kilometer dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah rumah separuh kekal musnah 100 peratus akibat kebakaran.

“Api merebak dengan cepat, namun dua penghuni dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun harta benda dan sebahagian dokumen milik mereka tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Menurut Elge, kebakaran dikawal pada jam 3.14 petang, mencegahnya daripada merebak ke rumah penduduk lain yang berhampiran.

“Operasi ditamatkan pada jam 3.58 petang manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved