“Saya hanya tahu bila polis datang” – Misteri Suami Isteri Maut Di Rumah

Entertainment
2 Oct 2025 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati di rumah mereka di Desa Lang Indah, pagi tadi.

Seorang pengawal keselamatan, Rajendren Manikam, 65, berkata pasangan itu biasanya berhubung dengannya melalui aplikasi WhatsApp dan sering dilihat berjalan bersama di sekitar kawasan kejiranan.

“Biasanya mereka akan kirim mesej melalui WhatsApp, namun kali terakhir saya menerima mesej daripada mereka adalah pada Jumaat lalu iaitu kira-kira jam 8.15 pagi.

Selepas itu saya tidak lagi mendengar khabar daripada mereka. Saya hanya mengetahui kejadian ini apabila pihak polis datang bertanya mengenai rumah mereka,” katanya.

Jirannya itu menyifatkan pasangan tersebut jiran yang baik dan sentiasa bertegur sapa dengannya selain bertukar-tukar juadah.

Menurut laporan Harian Metro, polis yang tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa sudah tidak bernyawa di dalam rumah berkenaan.

Mayat pasangan itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca kematian mereka.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.