“Rundingan Masih Berjalan, Belum Muktamad” – PM Bakal Jumpa Setiausaha Negara AS, Bincang Isu Tarif

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2025 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu tarif 25% yang bakal dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia menjadi topik hangat sehari dua ini selepas pengumuman rasmi perkara tersebut oleh Presiden, Donald Trump baru-baru ini.

Pun begitu, dalam perkembangan baharu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim mengesahkan rundingan mengenai isu ini masih berjalan dan ia sebenarnya belum muktamad dan beliau dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio esok (10 Julai) untuk membincangkan isu itu lebih lanjut.

image is not available

Terdahulu, isu tarif ini menjadi perbualan hangat dan laporan FMT baru-baru ini juga mengatakan Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Selasa memaklumkan, Kabinet dijangka akan membincangkan mengenai tarif import 25 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia tersebut.

image is not available image is not available

Namun, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada keputusan drastik akan diambil tanpa perbincangan lanjut dan menyatakan rundingan bersama pentadbiran Donald Trump ini sedang dan sentiasa berlaku bagi mencari titik persamaan.

“Rundingan masih berjalan, belum muktamad”

Beliau juga menekankan pentingnya saluran diplomasi dalam menangani isu-isu berkaitan perdagangan antara kedua-dua negara dan beliau optimis, isu ini dapat diselesaikan secara baik dengan kepentingan Malaysia sentiasa menjadi keutamaan.

Pertemuan penting esok dijangka menjadi platform utama untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi isu tarif ini. Pada Rabu, Trump mengumumkan tarif 25% ke atas barangan Malaysia mulai 1 Ogos, berikutan penangguhan 90 hari dalam pelaksanaan kadar awal 24%.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.