Rundingan operasi bantuan padam kebakaran di Kalimantan perlu segera

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 5:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rundingan operasi bantuan padam kebakaran di Kalimantan perlu segera

PUTRAJAYA- Malaysia mahu rundingan berhubung kaedah operasi bantuan bagi memadam kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia sehingga mencetuskan jerebu rentas sempadan, dapat disegerakan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persetujuan daripada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sudah diperoleh, namun kaedah operasi termasuk cara dan lokasi pasukan Malaysia untuk membantu masih dalam rundingan antara kedua-dua negara.

“Persetujuan daripada Presiden (Indonesia) sendiri telah pun diberi. Cumanya, bagaimana cara operasi itu agaknya yang sedang dirundingkan di antara kedua-dua pihak, kedua-dua negara.

“Saya berharap supaya rundingan operasi ini, cara mana dan di mana pasukan yang daripada Malaysia yang boleh membantu itu dapat disegerakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Graduasi Program Diploma in Diplomacy (DiD) 2026 di sini hari ini.

Pada 19 September lalu, media melaporkan, Malaysia mendapat lampu hijau dari Indonesia untuk menghantar bantuan bagi membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan seterusnya menjejaskan ruang udara negara jiran termasuk Malaysia.

Bantuan yang ditawarkan Malaysia merangkumi sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter serta 52 pegawai dan anggota daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini semakin serius dan sudah melebihi tahap tidak sihat, justeru bantuan untuk memadam kebakaran hutan di Indonesia perlu dilaksanakan segera.

“Keadaan jerebu di negara kita ini dah terlampau teruk sangat. Dah melebihi keadaan tak sihat, dah nak masuk dalam indeks berbahaya.

“Jadi saya berharap supaya masalah operasi antara kedua-dua (negara) ini dapat disegerakan (kemudian) diputuskan untuk kita menghantar pasukan bagi memadamkan kebakaran hutan yang luas merebak di Kalimantan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Rundingan operasi bantuan padam kebakaran di Kalimantan perlu segera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved