Runsing suami diganggu bekas isteri

Family & Parenting
22 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Runsing suami diganggu bekas isteri

Soalan:
Saya berkahwin dengan duda anak dua. Kami hidup bahagia sebelum bekas isteri bercerai dengan suaminya. Anak-anak mahu bertemu dengan ibu mereka dan suami juga tidak menghalang. Saya teraasa apabila bekas isteri cuba berbaik dengan suami, malah mereka juga sering bermesej.
Isteri Risau

Jawapan:
Perkahwinan dengan pasangan yang pernah berkahwin sebelum ini sememangnya mempunyai cabaran yang tersendiri, terutama apabila melibatkan anak-anak.
Apabila bekas pasangan kembali muncul dalam urusan anak, tidak mustahil timbul rasa risau, cemburu dan tidak selamat dalam diri isteri. Namun, penting untuk mengurus emosi dengan bijak agar hubungan suami isteri tidak terjejas. Berikut beberapa panduan untuk anda:

1. Akui perasaan yang dirasai – Rasa risau, cemburu atau tidak selesa adalah perasaan yang normal dalam situasi ini. Terima emosi tersebut tanpa menyalahkan diri sendiri. Apabila emosi diakui, anda lebih mudah mengawalnya daripada bertindak mengikut perasaan.

2. Fahami keperluan anak-anak – Anak-anak tetap memerlukan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa walaupun mereka telah berpisah. Selagi hubungan itu memberi manfaat kepada anak-anak dan tidak menjejaskan rumah tangga, cuba lihat situasi ini daripada perspektif keperluan mereka.

3. Komunikasi terbuka dengan suami – Luahkan kebimbangan anda dengan tenang dan jujur tanpa menuduh atau menyerang suami. Berbincang mengenai perkara yang membuatkan anda kurang selesa serta tetapkan batasan yang dipersetujui bersama demi menjaga keharmonian rumah tangga.

4. Elakkan membuat andaian – Pemberian hadiah, makanan atau mesej daripada bekas isteri tidak semestinya menunjukkan niat untuk kembali menjalinkan hubungan. Elakkan membuat kesimpulan berdasarkan sangkaan kerana ia boleh menimbulkan salah faham dan menambah tekanan emosi.

5. Bina kepercayaan dalam perkahwinan – Perhatikan bagaimana suami melayan, menghormati dan menghargai anda sebagai isteri. Kepercayaan dibina melalui sikap dan komitmen yang ditunjukkan setiap hari, bukan hanya berdasarkan tindakan orang lain.

6. Dapatkan bantuan professional – Jika rasa risau dan curiga semakin kuat sehingga mengganggu emosi atau hubungan dengan suami, jangan pendam seorang diri. Dapatkan sokongan daripada kaunselor untuk membantu mengurus emosi dan mencari penyelesaian yang lebih sihat.

Kesimpulan, kehadiran bekas pasangan tidak semestinya menjadi ancaman kepada rumah tangga. Dengan komunikasi, kepercayaan dan pengurusan emosi yang baik, keharmonian hubungan suami isteri dapat terus dipelihara.

The post Runsing suami diganggu bekas isteri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved