‘Suami nampak selekeh bukan sebab isteri tak pandai jaga’

Family & ParentingLifestyle
21 Aug 2026 • 11:38 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Suami nampak selekeh bukan sebab isteri tak pandai jaga’

PETALING JAYA – Pelakon Anzalna Nasir menegaskan setiap pasangan, suami atau isteri lebih tahu urusan dalaman rumah tangga masing-masing berbanding orang luar yang hanya tahu mengecam tanpa usul periksa hanya dengan menilai dari sudut penampilan.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, menjelaskan penampilan isteri serta anak-anak mungkin sedikit sebanyak mencerminkan perhatian dan kepimpinan daripada seorang ketua keluarga iaitu suami yang menyempurnakan segala keperluan isi rumah tanpa culas.

“Sekiranya isteri nampak cantik, maknanya dia ada suami yang pandai menjaga.

“Kalau anak-anak sentiasa berpakaian kemas, bersih dan terurus, maknanya emak mereka memang seorang yang bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Anzalna, dalam kes tertentu, situasi bagaimanapun berbeza apabila si suami dilihat tidak berpakaian kemas atau nampak tidak terurus.

“Tapi kalau suami pula nampak tidak terurus, itu bukan sebab isteri tidak pandai menjaga. Mungkin isteri sengaja membiarkan suami nampak tidak berapa elok apabila dia tiada di sisi. Takut nanti ada pula yang mengorat,” selorohnya dalam Threads.

Perkongsian pelakon drama Mamu Mami Gosip itu mengundang perhatian netizen, malah ramai bersetuju setiap pasangan mempunyai pendekatan tersendiri dalam menjaga penampilan serta keharmonian keluarga.

“Betul juga apa dikatakan Anzalna. Kadang-kadang penampilan suami memang bergantung pada keadaan dan keselesaan masing-masing.

“Jangan cepat menilai isteri kalau suami nampak selekeh. Mungkin itu memang gaya dia apabila keluar seorang diri,” antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen berseloroh supaya para isteri tidak terlalu mengambil mudah soal penampilan suami kerana bimbang perhatian daripada wanita lain pula mula menjengah.

Dalam kehidupan peribadinya, Anzalna antara wanita bertuah apabila dikurniakan seorang suami,  Hanif Zaki yang terlihat sempurna serba-serbi, penampilan dan kestabilan kewangan.

Hasil perkahwinan sejak 2016, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan, 4. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Suami nampak selekeh bukan sebab isteri tak pandai jaga’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved