Rupa-Rupanya Nubhan Juga Buat Laporan Polis Lepas Keluarkan Barang Bekas Isteri

LocalFamily & Parenting
4 Jan 2026 • 12:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, bekas isteri kepada penyanyi Nubhan mendedahkan barang-barang peribadinya di rumah yang diduduki dipindahkan tanpa notis ketika dia berada di luar negara.

Dalam hantaran itu, Dr Fie menganggap Nubhan sebagai kejam kerana mencampakkan barang-barangnya begitu je di hadapan rumah ibu bapanya.

Terbaru, Sinar Harian melaporkan Nubhan telah tampil membuat laporan polis berhubung isu melibatkan bekas isterinya di Senawang.

Nubhan buat laporan polis terlebih dahulu

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, Nubhan telah membuat laporan polis pada 29 Disember lalu.

Dalam laporannya, Nubhan memaklumkan dia telah datang ke rumahnya di Taman Lavender Heights untuk mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya bagi dihantar ke rumah bekas mentuanya.

Tambahnya, pada 1 Januari pula, bekas isteri Nubhan pula telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati barang-barang kepunyaannya dipindahkan tanpa izin.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua laporan polis tersebut diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) dan seterusnya dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Pssttt! Isu ini menunjukkan bagaimana konflik selepas perceraian boleh menjadi semakin rumit apabila melibatkan barangan peribadi dan emosi. Apa yang paling penting, segala perkara wajar diselesaikan melalui saluran undang-undang yang betul demi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh, lebih-lebih lagi apabila anak-anak turut terkesan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Rupa-Rupanya Nubhan Juga Buat Laporan Polis Lepas Keluarkan Barang Bekas Isteri appeared first on Oh! Media.